Sunday, January 23, 2011

Penulisan Laporan Projek

Laporan projek hendaklah ditulis mengikut format yang tertentu. Format penuh laporan boleh didapati disini. Berikut disenaraikan beberapa perkara yang perlu diberi perhatian.

  1. Saiz kertas adalah A4 dan kertas yang bermutu tinggi (80 gm)
  2. Jidar (margin) adalah sama bagi tiap-tiap muka surat, iaitu 40 mm disebelah kiri (untuk memudahkan penjilidan) dan 25 mm di sebelah atas, kanan dan bawah muka surat.
  3. Tulisan ditaip dengan menggunkan huruf “Times New Roman” bersaiz 12
  4. Gunakan huruf besar untuk menulis setiap permulaan Nombor Bab dan Judul Bab
  5. Nombor Bab dan Judul Bab dengan menggunakan “Boldface”, dengan menggunakan font 14
  6. Guna muka surat baru bagi setiap permulaan BAB ( Contoh BAB 2)
  7. Gunakan format “Justified” bagi semua teks
  8. Jarak antara baris ( line spacing ) ialah 2 langkau ( double spacing )
  9. Panjang laporan projek hendaklah di antara 50 hinggan 100 mukasurat sahaja. Had ini hanyalah untuk teks sahaja tidak termasuk bahagian hadapan, rujukan dan lampiran.

Sekian
En. Ahmad bin Sidik @ Mat Sidek
Penyelaras Projek E3006
Jabatan Kejuruteraan Elektrik
Politeknik Kota Bharu

No comments:

Post a Comment